okay. assalamualaikum.
alkisahnya seorang gadis yang baru sahaja bangun dari tidur.
dengan matanya hanya terbuka sebelah,
dibahunya tersangkut tuala,
kakinya masih mencari keseimbangan bumi,
cuba untuk melawan graviti.
saat berus gigi dicapai,
paip air dibuka,
muka segar terkena air sejuk dari tangki air SADA,
matanya terbuka luas.
penglihatannya tertumpu ke dinding serba putih.
berus gigi diletak perlahan, pintu bilik air ditarik sambil jalan mengundur.
*kejap lagi la mandi, tunggu dah tak ada*
i hate you lipas. i hate you.