Wednesday, February 1, 2012

nak jadi sematang aisyah.

"Teacher selalu sakit, teacher tak dapat buat banyak benda yang teacher nak sangat buat.
Dah tak boleh aktif macam dulu. Satu nikmat Tuhan tarik."

Hari ke 12 mengajar di Sekolah Pendidikan Khas Cacat Penglihatan. Kelas 5E, 8 orang saja muridnya.
Guru senior beritahu hari ni topic "Youth Problems" kena bincang di kelas. I fikir I nak buat light session, I'll start with sharing my problems, and tell them how it's normal to have problems in life, and we have to be strong to deal and accept changes. Selesai sesi I yang bercerita, mukadimah kat atas tadi, kelas senyap. Guru senior beritahu, "I want all of you to share one problem that you are facing right now in your life". Rancangan awal untuk buat writing comprehension dan selitkan problem solving..

Kemudian, Aisyah panggil; "Teacher Farah, can I talk to you alone?".
Guru senior agihkan kedudukan students, semua dapat seorang satu space, one huge table each. So that everyone can have their time alone to write. 3 of them are using Braillers, the others guna kanta.
So i duduk dengan Aisyah, beritahu dia boleh cerita apa saja dia nak.

Aisyah ceritakan, dia anak bongsu, beberapa kakak sebelum dia semua berjaya. Aisyah rasa dia beban kepada keluarga, "Aisyah dahla tak pandai, sekarang tak nampak pulak, Aisyah menyusahkan semua". Aisyah hilang penglihatan jelas masa tingkatan 1. Dari kecil dia dihantar ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Masa kecil sampai early primary dia melihat dengan normal. Tapi bila 2nd half of the primary level dia hilang nikmat penglihatan. "Cikgu sekolah benci saya, tak pandai membaca, saya lambat, slow sangat, saya membaca satu kelas ketawa".
Tingkatan 1, baru ibubapa hantar Aisyah ke sekolah ni. Sekolah memang untuk visual impairment cases.
Aisyah masuk terus nak kena belajar Braille; "Macam mana nak belajar Braille kalau mengeja membaca pun saya tak boleh?" Itu cerita Aisyah masa bermula Secondary level.

I masih tenang.
Tapi Aisyah menangis seesak-esaknya. I kontrol lagi. I know I have to be strong to be with these special kids.
Karang cikgu nanges, apa student kata. Cikgu pun emotional. 

"Ada banyak benda saya nak buat, saya nak menulis, tapi mengeja pun tak reti. Nak belajar masak, mama takut saya terbakar rumah. Nak berjalan sendiri petang-petang kat tepi bendang, mama kata saya jatuh nanti susah satu kampung nak cari".
Aisyah rasa dia tak ada makna dalam dunia, dia tak perlu hidup sebab hidup hanya menyusahkan keluarga dan orang sekeliling. Aisyah percaya semua orang tak affected kalau dia tak ada sekalipun.
"Saya kawan pun tak ada. Saya pendiam dan tak tahu nak bersosial. Saya sunyi sangat dan saya rasa mama ayah pun dah makin tak sayang saya sebab makin besar makin menyusahkan".
"Semalam saya jatuh tangga, sakit sangat, sudahlah tak nampak, jatuh lagi, sakit. Susah, semua susah teacher".

Sampai satu bahagian.

"Satu hari kakak kakak saya semua akan kahwin. Semua berjaya. Mama ayah tak akan hidup sampai bila bila. Saya sedar diorang akan pergi, nanti siapa nak jaga saya? Saya tak pandai berkomunikasi. Nak cakap pun takut, nak sampaikan apa yang saya nak pun saya tak pandai. Kalau teacher tak tanya soal ni hari ni saya dah tentu tak cerita pada sesiapa sampai bila bila."
"Saya rasa bila masa dah sampai untuk pergi, tak ada orang yang saya kenal akan mandikan jenazah, kafankan, solat kan, saya rasa semua orang surau, saudara tak ada"

I macam....... what... dia dah fikir sampai situ?
I tak boleh tipu.
Budak ni kuat. 18 tahun. Tahun ni SPM.
Hilang nikmat penglihatan umur 13 tahun, baru nak mula explore dunia.
Tak sempat..

Aisyah menangis bersungguh, I cant help it.
I am not strong enough to just look and listen and pretend to be smiling and not affected by her story. I cried. 
Kita harini, 20 tahun lebih hidup, tak perasan betapa valuable nilai nikmat yang kita ada. 
I boleh melihat, everyday complain;
"ma, i hate my freckles."
"ma, i am flat and i want some curves"
"ma, rambut kekba harini tak cantik"
"ma, nobody wants me"
and the list goes on.

I boleh menulis, membaca, tapi orang bagi buku langsung i tak sentuh, tak minat nak baca.
Budak-budak ni, dengar buku baru dah di Braille-coded kan, berpusu-pusu datang ke library; "Cikgu mana buku brailled baru?" "Banyak tak yang sampai kali ni?"

Aisyah cerita dia tak tahu apa haluan lepas sekolah. SPM pun dia tak pasti dia dapat perform atau tak nanti.
Aisyah rasa memang kelabu masa depan dia. Doctor kata in 10 years time 100% penglihatan dia hilang.
Sekarang masih nampak cahaya, kalau nak bergerak dia ikut arah lampu yang disediakan.
"10 tahun, teacher, umur saya 28 tahun. Kakak semua dah pergi ikut keluarga, ayah sakit, mungkin dah tak mampu nak jaga saya. Takkan saya duduk kat rumah tunggu mama masak dan cuci kain baju saya? Kalau mama tak ada?"

Aisyah pun dah tak larat kesat air mata. Dia biar je.
Fizikal Aisyah kecil, lebih rendah dari I yang 155cm, pergelangan tangan dia lagi kurus dari I yang macam skeleton ni.
No wonder she's quiet in the class. Not participative. Kalau ditanya guru senior, dia menggeleng, tak dapat jawab.
Tapi dia sentiasa senyum. I tak pernah imagine budak perempuan semuda dia, have gone through so much in her life.
18 years of living. sempat tengok dunia jelas sampai umur 13. Kemudian disisihkan. Sebab tak berkeupayaan membaca dan menulis. Hampir putus asa. Tapi sebab yang dia kata tadi; tak ada siapa lagi yang boleh jaga dia nanti, dia kena buat semua sendiri. 
Aisyah kata sebab tu dia masih teruskan. Life must go on.

I cant tell how it ends. Its just too sad. I've always thought I'm living my life with hardships alone.
I memang sangat salah. Aisyah is just so strong. Memang dia menangis tadi masa cerita, dia pun mengaku kadang-kadang dia nak give up je.
Satu soalan last I tanya; Aisyah solat tak? Aisyah doa?
Aisyah cuma angguk dan jawab; "Aisyah tak pernah tinggal".

Memang. Sebab tu aisyah ni kuat. 
____________________________________________________________________________

A few tables away from me and Aisyah, I saw the most rebellious boy in the batch weeping silently.
I didnt go to him. I just looked at him and smile. 
Hari ni satu kelas menangis. Satu kelas fikirkan masalah personal yang selama ni mungkin tak pernah mereka kongsi seumur hidup. Esok cuti, dan khamis mereka akan pass up the essay paper. Another round with tissue masa nak marking paper nanti. Yang menaip guna Brailler pun bukan main tadi, sambil menaip, sambil lap air mata.
Ada yang tahan.. tak ada air mata, tapi bila termenung budak yang nakal.. 
Kita tahu ada yang dia sedang fikir.

Aisyah, dan semua students cacat penglihatan I harini, buat I sedar semua benda yang I tak pernah appreciate.
I balik rumah dan cerita semua kat mama.
Dan.. of course pastu kena lecture dengan mama.. "Mulai harini kena bersyukur.. You selalu complain, blablabla."
Last-last mama menangis sama. 
Apa pun.. today is one of the best experience I've ever had in my life.
I never thought of writing this in details and share it here. Sorry kalau ada rasa cerita ni macam too much info.

But this is really something. I want to share. With my friends.
Have you ever imagine losing all the nikmat we have now, penglihatan, pendengaran, boleh bercakap, boleh berjalan, semua tu.. Kalau satu hari ditarik tiba-tiba.
Boleh kita survive dan jadi sekuat budak-budak ni semua untuk carry on living?
I akan belajar menghargai dan bersyukur dengan apa yang dah ada sekarang.
Tak apa lah tak cantik pun. Tak apa lah tak bijak pun. Cukuplah untuk hidup dan cuba menolong sebanyak orang yang mungkin. Thankful for whatever I have now.

Okay bye. Thanks sebab baca. Tolong doakan Aisyah kuat ya.

Just fyi; This is 100% true story. Masa I menaip ni I baru balik from teaching, belum salin baju pun lagi. One day i'll share photos of Aisyah and her classmates; my students. insyaAllah.


-ini hasil tulisan sahabat baik saya, faradiba anuar.  tidak diedit walau sedikitpun.
kenapa saya kongsikan disini, supaya kita sama sama dapat kutip pengajaran dari cerita aisyah. 
be strong, aisyah! :')