Thursday, February 2, 2012

macam mana nak bagi rambut cantik macam iklan syampoo?

assalamualaikum, salam sejahtera!
harini tiba2 tergerak hati nak share satu rahsia.

rahsia untuk dapatkan rambut cantik mcm iklan syampoo.
saya selalu pergi potong rambut kat kedai cina.
alasan, kononnya cina potong cantik la yada yada yada. padahal rasanya sama je melayu ke cina.
tapi yg dekat sekali kedai cina kan, so just go for it.

so sebabkan dah jadi regular customer amoi ni, mcm rapat la jugak dgn dia.
#bajet potong rambut hari hari pulak nak rapat rapat bagai.
jadi banyak tips yang dia bagi.

ada 4 benda yg kita perlu untuk dapatkan rambut yg cantik.
1)syampoo
2)conditioner
3)air suam suam kuku
4)air sejuk yg selalu mandi tu lahhh.

mula mula, syampoo rambut.
pastu bilas syampoo dgn air suam. i repeat, air SUAM.
then dah bilas, mcm biasalah, apply conditioner.
then bilas conditioner dgn air suhu biasa tu. takperlu air suam lagi dah.
pastu bila nak lap, jgn terus je lap rambut mcm biasa.
perah rambut mcm ala ala filem jennifer's body yg time jennifer tu baru hbs swimming kat lombong tinggal tu.
jgn perah kuat kuat, perat just sedang2 bagi air menitik je. takyah nak gigih sgt perah rambut mcm spin baju!
yaaa selalu la buat gitu.

lepastu, sila pupuk sikap malas menyikat rambut.
lepas dah perah rambut tu, just kemaskan pakai jari je.
then biar rambut kering sendiri.
mereka yg ada di sekeliling saya akan tahu habit saya ni.
hasilnya, nanti rambut akan jadi curvy baik punya.
original punya curvy. yg cantik tu. bukan yang menyakitkan hati tu.
jgn risau tentang masalah baju akan basah sbb kita ada option untuk bungkus rambut dgn tuala kecik. tp jgn bungkus ketat ketat, nnti berkuap. bungkus hanya dengan niat untuk tak bagi baju basah.
pastu jgn selalu ikat rambut. nanti rambut jadi tak cantik.
biarkan rambut anda terbang bebas, baru ada fefeeling mcm iklan syampoo kan.

dulu saya amalakan petua ni, and rambut alhamdulillah takde masalah.
dah layak nak apply untuk jadi model iklan syampoo.
tapi sejak sejak dah masuk u, ni, haremmm nak jaga.
selalu syampoo je. conditioner ke mana, ape ke mana.
mana dgn nak cari air suamnye lagi kat hostel tu.
pastu nak study, boleh pulak biar rambut terbang terbang cucuk mata.
harus rambut diikat 24/7.
so bila balik rumah je mampu buat semua ni.
so bila balik rumah je la boleh fefeeling mcm model iklan syampoo.
eh kalau kat hostel pun boleh, tp untuk iklan syampoo gambar perbandingan yang *sebelum menggunakan syampoo* tu. hehe

sekian terima kasih!

oh lagi satu. bagi yang pakai tudung seperti saya, pastikan rambut kering 100% baru korang pakai tudung. kalau tak, nnti rambut berbuah. so amalkan cuci rmbut time mandi malam. sbb rambut ada masa semalaman untuk kering dgn sempurna. by the time nak pakai tudung untuk kelas pagi, rambut dah kering elok.

pastu jangan la setiap kali mandi, korang cuci rambut.
saya cuci rambut 2 hari sekali.
kalau rambut tu hari2 kena bahan kimia, mananya nak cantik kannnn.