Sunday, October 9, 2011

take 152: kalau ini sudahnya.

salam satu malaysia. sebelum meneruskan apa apa penulisan di blog ini, saya ingin meminta maaf jika penulisan kali ini mengguris hati mana mana pihak. sungguh, saya tidak pernah berniat untuk mengguris hati anda. cuma, ini adalah luahan hati saya dan sahabat sahabat saya tentang masalah yang kami sedang hadapi.

memang, memang kami yang bersalah kerana marahkan awak wahai kawan. memang kami yang patut dipersalahkan kerana menjauhkan diri dari anda. tetapi ingatlah, manusia mana yang tidak remuk redam hatinya jika ditikam hidup hidup oleh manusia yang dikatakan sahabat. kalau benar sikap berkecil hati itu yang membuat kita renggang, maafkan kami. memang manusia melakukan kesilapan, tetapi ingatlah, manusia lain juga ada had dan kesabarannya.

memang, memang kami yang bersalah kerana risaukan anda, wahai kawan. memang kami yang patut dipersalahkan kerana bimbangkan keselamatan sahabat yang sudah jauh malam, teapi masih belum pulang. tetapi bukankah memang patut kami risaukan hal anak gadis ayah dan ibu yang menempuh perjalanan jauh hanya dengan menaiki motosikal? kalau benar salah perlakuan kami, peganglah janji ini. tidak akan sekali kali kami bimbangkan awak lagi, kawan.

memang, memang kami yang bersalah kerana marahkan awak yang tidak mahu langsung bergaul. memang kami yang patut dipersalahkan kerana kita sentiasa tidak bersama. tetapi ingatlah, awak adalah yang selalu menolak perlawaan kami. tetapi jika benar kami yang bersalah, maafkanlah khilaf ini, wahai kawan. jika benar ini adalah satu kesalahan, ingatlah. tidak akan sekali kali lagi kami akan mengganggu anda dengan segala perlawaan kami.

memang, memang saya yang patut dipersalahkan disaat saya merasa tawar hati untuk bergaul dengan anda, wahai kawan. tetapi salahkah saya untuk berasa demikian, setelah cita cita yang saya impikan setelah sekian lama sanggup saya lepaskan demi awak, wahai kawan? dan sekarang kita seperti orang asing yang berada di dalam satu kawasan kecil, tetapi tidak mahu melempar senyuman mahupun mencetus sebarang titik permulaan komunikasi? jika benar saya yang bersalah kerana membuat begitu besar pengorbanan untuk anda, maka maafkanlah saya. jika benar perlakuan saya melepaskan cita cita dan impian itu adalah salah sama sekali, maka insyaAllah, saya akan bersikat pentingkan diri selepas ini, sama seperti awak, wahai kawan.

memang, memang kami yang bersalah kerana telah memberi awak peluang yang banyak untuk menebus kesilapan. kami jugalah yang bersalah kerana masih menerima awak walaupun hakikatnya, hati kecil kami sudah sebal dan tawar. memang benar kami yang bersalah. jadi, maafkanlah kami, wahai kawan yang satu. jika benar perlakuan ini adalah satu kesalahan, maka kami berjanji, tidak akan lagi kami mencetus peluang sedemikian.

kawan, jika ini kesudahannya, maka kami sudah redha. kami sudah bersedia untuk hidup tanpa awak. untuk hidup dgn tidak bimbangkan keselamatan awak, hidup dengan tidak fikirkan perihal awak. hidup untuk tidak peduli dengan siapa awak berkawan, hidup untuk tidak peduli tentang perihal ketiadaan mahupun keberadaan awak di sisi kami.
itu janji kami, wahai kawan. dan ingatlah, kami antara golongan yang menepati janji.

assalamualaikum untuk kali terakhir, wahai kawan.