Thursday, November 25, 2010

take 64: menurut saya, melepaskan itulah yang paling baik sebenarnya..

pernahkah kita semua terfikir, apa yang lebih baik, diantara terus memegang tetapi tersiksa, dgn terus melepaskan, tetapi merasa bebas?

ramai yg memilih untuk terus tersiksa, dgn alasan, sekurang-kurangnya kita boleh terus memegang.
ada juga mereka yg sedikt kuat, memilih untuk melepaskan dengan harapan akan menjadi bebas sebebas bebasnya seperti burung2 di awan.

dan menurut saya, yg paling baik ialah untuk kita melepaskan. kibarkan bendera putih tanda putus asa. umumkan ketewasan. bukan semua orang yang kibarkan bendera putih itu adalah orang yang gagal. seorang loser. tidak sama sekali. menurut saya, orang yang berani melepaskan adalah orang yang sangat kuat. berani. kuat untuk melepaskan. berani untuk terima kenyataan. saya telah kibarkan bendera putih saya dgn megah. dengan rasa bangga kerana saya begitu kuat untuk melepaskan sesuatu yg saya sayang.

jika tidak mampu untuk lepaskan semuanya, sedikit pun sudah cukup. mungkin kita masih perlu genggam sesetengah perkara. mungkin kita masih belum kuat untuk melepaskan semuanya. kumpulkan tenaga. segala kudrat yang ada. kuatkan hati. latihlah diri untuk belajar melepaskan. mantapkan iman. segalanya pasti berjalan lancar. percayalah.

renungkan. untuk apa kita, seorang manusia menggenggam sesuatu yang sudah tentu belum pasti. hasilnya belum pasti. kita sendiri bukan Tuhan untuk kita tahu apa yang akn berlaku di esok hari. janganlah digenggam sesuatu yang sudah tentu belum pasti. tidak berbaloi rasanya.


:)