Friday, December 30, 2011

take 180

assalamualaikum,

post ini ditujukan untuk sahabat sehidup semati, segelak semenangis, seblur dan secerdik saya
nurul alia bt luqman al-hakim.

alia sayang, selamat ulangtahun kelahiran yg ke 20.
semoga panjang umur, murah rezeki, ____________________(sila refer msg yg telah dihantar kdp anda)

okay, terima kasih untuk setiap susah senang kita bersama,
terima kasih untuk setiap masa yang kamu luangkan untuk dgr cerita kita,
terima kasih untuk setiap share topup,
terima kasih untuk setiap patah perkataan jepun yang kamu ajar.
terima kasih untuk setiap cawan air, setiap pinggan makanan yg kamu hidang setiap kali kita dtg rumah kamu.
terima kasih untuk setiap langkah perjalanan yang kamu luangkan dgn kita
terima kasih untuk setiap titis dakwat pen dan lead mechanical pencil yg kamu dh bazirkan untuk ajar kita add math.
terima kasih untuk segala-galanya.

alia,
kita nak kamu tau, kita akan sentiasa ada untuk kamu
walaupun kita dah jarang jumpa,
masing masing dah tercampak jauh,
bilangan call dgn msg pun boleh dikira dgn jari.
kita akn sentiasa ada untuk kamu bila kamu perlukan kita.
kita akan sentiasa ada untuk dengar masalah kamu.
kita akan sentiasa ada untuk dgr kamu bercerita.

selamat hari jadi, alia sayang!
semoga terus menjadi along dan alia yang baik.  :)