Saturday, December 10, 2011

take 174: of paddy fields and facebook stories.

assalamualaikum, salam sejahtera!

smlm mama dtg rumah, ikut plannya nak dtg jenguk sajo.
sebab hari isnin ada test, so mood nak keluar sangat tidak ada.
malangnya disebabkan godaan kaksu, kakyong dan mama,
terus pack barang dlm beg dan ubah fikiran untuk ikut mama balik yan.
hihi memang tak dpt resist godaan family.
selalu je terikut balik kampung, terbeli tiket balik ipoh dan terpujuk mama suruh hantar balik merbok.
dlm pukul 11 mlm sampai yan,
sembang sembang dan terus tidur.
bahagia dpt tidur dgn mama.

bangun pagi solat subuh,
studi sikit, kemudian sambung tidur.
bgn bgn tidur terus masuk dapur buat muka selenga.
tiba2 kaksu ajak pergi tangkap ikan blkg rumah.
belakang rumah tok i mmg ada sungai kecil.ada banyak ikan.
then ada titi kayu, then ada sawah terbentang luas.
memang sangat kampung okay rumah tok i.
reban ayam, telaga, pokok ulam semua ada.
haaaa sangat seronok.
setakat nak buat nasi ulam tu, tak payah risau.
10 jenis ulam boleh dpt belakang rumah je.
setakat ikan puyu tu, fresh fresh boleh masak. tangkap sendiri lagi.
buah mempelam, dgn asam pon tak payah risau.
buah betik pun ada. cempedak pun no worries. stock sentiasa ada. jambu air tak payah risauu.
nak hias rumah?
pokok bunga raya, pokok bunga kertas. orkid pun ada.

kisahnya bgn pagi, dgn baju tidur terus berdiri atas titi tgh2 panas dan tangkap ikan.
ikan mungkin lapar, sekejap letak je umpan dah kena.
lepastu mungkin tak mandi, so tak ong. takde ikan dah nk makan umpan.
terus letak pancing dan join kaksu tangkap anak ayam.
reban terbukak, so anak ayam keluar bersuka ria.
omel omel anak ayam lari merata rata.
lagi omel kakngah kejar pakai baju tidur.
super omel bila kaksu pegang ayam pakai sarung tangan.
kombinasi omel omel sekalian, anak ayam berjaya masuk reban balik.

kemudian aktiviti kampung diteruskan dgn memotong pokok ulam.
gagah perkasa pergi ambik gergaji,
panjat kerusi dan gergaji pokok manually.
3 4 kali taik tolak gergaji, give up.
okay mak njang sambung gergaji pokok.
hihi.

penat lelah buat kerja,
yesss lunch berbaloi baloi.
terima kasih tok, sbb masak gulai sedap.
tak berani nak salin resipi lagi dah, takut kantoi mcm haritu.
hehe

sekian sahaja untuk hari ni.
buat pertama kali tak fikirkan facebook.
mungkin penangan gulai sedap.

hari yang perfect, kecuali part kena balik rumah sewa dgn pakai jersi merah. kita team biru lah. terbelot pulak harini. hehe

p.s: go go chelsea.