Wednesday, December 7, 2011

take 171 : hari baru, pengalaman baru :)

assalamualaikum, salam sejahtera.

6 december 2011,
ada banyak benda baru yg saya belajar.
hari ni open booth untuk GPMS,.
biasalah open booth, ada pendaftaran ahli baru, tayangan video, jualan makanan.
dan yang paling penting, ada manusia yg berkeliaran promote club masing masing dgn penuh semangat waja, termasuk saya.
semuanya berjalan lancar.
walaupun sangat penat.
booth GPMS berjaya kutip 120 ahli baru. welcome to the club, people! :)

tapi hairan, ada jugak student yang bila di approach dgn soalan ini :  "nak daftar jadi ahli GPMS? kami ada byk aktiviti, ada byk benefits yg korang dapat kalau join. " semuanya buat muka macam takut.
mungkin mereka dengar kami tny : " nak daftar untuk bunuh diri? kami ada racun tikus, racun serangga dan tali untuk gantung diri. kami juga ada menyediakan khidmat pembunuh professional."
adik adik sekalian, akak promote club la. bukan akak suruh korang minum racun.
tapi, yg berminat pun tak kurang byk jugak. bila diapproach, terus beralih arah ke booth. alhamdulillah.
manusia kan byk ragam. byk perangai.

setelah selesai open booth, courtyard dah kemas, moh le kite makan ye.
udah lapar sesangat dah ni.
keluar makan beramai ramai.
err tak la ramai pun, berlima.
ada YDP, timbalan YDP, saya, kina dan ida.
kami pergi nunnnnnnn dekat kedai mee udang sedap opposite dgn giant.
bergelak sakan noh dalam kereta.
tak kira YDP, tak kira exco.
semua kena bahan sama je.
dah la penat bukak booth, penat gelak pulak.
sampai kedai, penat gelakkan orang pulak.
semua perangai mcm tak centre. memang bergelak sakan.
gambar akan diuplaod kemudian. (mungkin, tetapi peluang amat tipis, kemalasan melanda jiwa)

lepas tu pergi hasani.beli plastik liminate.
tag ahli kita laku macam goreng pisang panas kan? :)
first time jejak kedai buku hasani.
kalau yg duduk ipoh, hasani ni mcm mubarak la jugak. sama je konsepnye.
lepas tu terus balik, dah sampai rumah.
disebabkan terlampau penat, tertidur. pukul 9.30. dah mcm baby.
pukul 11 terjaga, mandi manda dan studi sedikit.
lusa ada test public administration.
esok jaga booth dari pagi sampai tengahari.
hanya ada petang dan malam untuk pulun 5 chapter.
gigih nabila, gigih.
mata dah berat baca bureaucracy, red tapes yada yada yada.
take 5, update blog.

pengalaman bukak booth sangat seronok.
first time pengalaman jadi promoter.
esok harus usaha lebih gigih.

selamat malam, mimpi indah.

p.s: sibuk betul harini. hari paling kurang komunikasi. takpe, student kan. normal la tu. take care, garnier. kerana dirimu begitu berharga. good luck untuk upcoming test(s)

take 5 dilanjutkan kepada take 10. upload gambar siap siap. kalau bertangguh, mesti sampai bila bila tak upload la jawabnya. hehe.
enjoy the picture(s)
nasi goreng udang. sangat sedap okay!

tudia timbalan ydp tak sabaq nak makan. 


yg baju purple ydp, yg sebelah dia timbalan. seronok bekerja bersama mereka. 
licin semua. kerumun mcm piranha. 

mee udang banjir. ke mee udang best. ape tah nama dia. tapi sedap!

muka kenyang. 

bila nak bayaq, buat muka sedih. terserlah ketidak-centre-an. haha


sorry, gambar apesal tah jadi mcm tu. harus refer pakar blog.
sekian terima kasih. kembali kepada public administration. -____-"