Thursday, August 11, 2011

take 148: bukan queen control la!

salam satu malaysia.
seperti biasa, blog. im sorrayhh.
vitamin M byk sgt.
tp idea berlambak.

okayy harini kita nak cerita pasal queen control!

mari kita amati situasi di bawah.

pakcik rahim dan makcikpah baru berpindah ke satu kawasan perumahan elit. pada suata hari, pakcik rahim sedang menyidai kain di ampaian rumahnya. makcik bedah, jiran rumah sebelah terlihat keadaan itu. lantas makcik bedah buat muka terkejut seperti nampak angelina jolie sedang makan cencaluk, lalu berlari masuk ke rumahnya.

keesokan harinya, sewaktu mak cik pah, iaitu isteri pakcik rahim sedang menyiram pokok bunga, makcik bedah keluar dari rumah seperti halilintar dan berkata begini kepada makcik pah: awat hang biaq laki hang sidai kain? hang queen control ka? aku tengok selalu laki hang jugak yg pi market( pasar) beli ikan. hang dok suruh laki hang buat mcm2ni, laki hang tak melawan kaa? (dengan muka seperti kiah propa)
lalu makcik pah menjawab dengan penuh hemah: kepala hotak hang queen control. dari aku kawin, mmg laki aku yang offer diri dia nak buat semua tu. tu bukan queen control bedah oii. tu pembahagian tugas dengan adil dan saksama. lantas makcik pah masuk ke rumah dengan tenang.

okay tutup cerita.
saya ingin menegaskan disini, bahawa perempuan seperti makcik pah itu bukanlah queen control ye. dalam family saya pun, sewaktu arwah ayah masih ada, dia la yg jemur kain. pergi pasar beli ikan. bayar bil elektrik. pergi kedai beli barang dapur. mama hanya duduk dirumah dan masak apa yang sudah dibeli, serta jaga kami adik beradik. jadi tugas bertambah ringan.
sebagai contoh, ayah pergi pasar, beli ikan. mama duduk rumah, mandikan anak2 dan basuh kain. bila ayah balik, ayah pulak teman anak2 sambil sidai kain yang telah dbasuh tadi. mudah kan? kalau semua mama nak buat, dan ayah hanya duduk depan tv baca surat khabar, lambat la kerja semua dah siap. elok2 mama habis masak dan ayah sidai kain serta bersihkan halaman rumah,  kami sekeluarga boleh makan bersama sama. harmoni gitewww.

p.s; esok nak kawin, cari lelaki yg macam ayah. barulah best, mcm myvi baru! lagi best!