Sunday, June 26, 2011

take 141: kisah pasar tani. kisah keropok lekor.

assalamualaikum.
harini hari ahad. bagi semua ibu ibu sekitar jelapang, mmg best lah harini sebab tak perlu bertukang bersilat dan berpeluh di dapur.
hari ni hari ahad. ada pasar tani.
so semua berlumba lumba nak beli makanan untuk warga di rumah yg sedang lena dibuai mimpi.

ini kisah satu jejaka dia pasar tani.
jejaka idaman malaya rasanya.
jejaka sebaik seth tan mugkin juga. 

jejaka ini sangat kacak.
kulit cerah. tangan berurat sasa.
kalau perempuan pandang pasti cair ibarat ais krim yg dibiarkan atas kerusi batu di padang permainan. 

jejaka si penggoreng keropok lekor.
satu hari semasa menggoreng goreng keropok, 
minyak meletup. habis tangan sasa pujaan ramai melecur akibat  minyak panas yang tiba tiba menggila. 
tp dgn tenang dia sapu dgn kain dan teruskan menggoreng.
semua org dh buat muka pelik.
ada jugak yg cakap,
"dik, dik, pergi cari ubat gigi. letak dkt tangan tu. melecur tu dik, nnti berparut"
jejaka tersenyum senget. 
"takpe la kak, customer tgh ramai. kalau saya tinggal kedai, takde sape nk jaga. rezeki munjual ni lg penting dr tgn saya. sebab rezeki ni la saya dh berjaya ada degree skrg. lgpon harini hari terakhir saya menggoreng. esok dah nak balik kerja balik. takpe kot, sekali sekala luka untuk tolong mak. apa salahnya "

pembeli semua terdiam. ada jalan terus sambil kesat air mata. 


p.s: ini baru betul betul realiti.