Monday, February 14, 2011

take 118: sleeping partner yg baru.

okay assalamualaikum. *sambil picit hidung*
ni nk cerita ni. sy ade sleeping partner yg baru.
seronok oo tiap2 malam tidur dibelai dgn beliau. dimanja. diraba.
ait. jgn fikir bukan bukan. sleeping partner yg baru ni, nama dia tisu tesco. kaler hijau punye.
dah 3 malam dah tidur dgn kotak tisu. hidung ni tak nak give up lg dlm misi menyumbatkan dirinya, then menghasilkan sejenis cecair yang seakan akan cendol. *apesal pengotor sgt nabila?*
haha suka hati la.

haritu hari sabtu, otw nak balik merbuk, dlm bus dah selesama.
then sampai je merbuk, nurse shakinah tolong jaga. dah ok sikit. cuma malam2 ja rasa mcm nak kena sampuk flu.
ok let it be.
then maybe sbb hectic sgt, belum tidur petang pon minggu ni. =.=".
kelas hari2 pagi. pukul 8 u ollss. so mmg jangan harap la nk tidur lebih lebih. then hari jumaat ade kesatria. bakar muka sendiri sampai pukul 11. then tot tet tot tet dlm bilik, maghrib tu teman si mira pergi buat report pasal sijil spm hilang.
dah settel dgn lans koperal zackson yg hensem, rush balik uitm, pukul 8 mlm ade theater sama audition. jerit mcm org hilang ingatan.
ok esoknye bangun pagi kalut pergi settlekan ptptn. err takmau cerita pasal ptptn. bengkak hati.
tp jgn risau, sikit lagi akan jadi pelajar berwang. muahahaha.

haaa sebab tak cukup rehat kot, bangun pagi td, suara mcm ella br lepas buat konsert. macho gitu suara i. tahniah.
lepas kelas, ikut si kinah g libry, tidur tak hengat dunia sampai muka berbekas mcm samseng dlm cerita upin ipin. benciii.
haha. ok bye. segan aihh kina tgk org update blog.


p.s: budak ds tu tau nama saya. =)